Tuesday, 11 October 2016

Kisah Tiga Lelaki Tua Berjanggut Putih

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.


Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"


Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Kasih sayang
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Read more

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian ialah Negara Turki.

Tahniah Turki...

Hingga ke peringkat global mengetahui bahawa Turki kini merupakan negara yang telah menerima sejumlah pelarian yang terbesar di dunia.

Hampir 2 juta orang pelarian Syria kini ditempatkan di Turki dan kerajaan Turki telah mengeluarkan perbelanjaan berbilion dolar AS bagi meringankan bebanan rakyat Syria yang terpaksa menyelamatkan diri mereka daripada peperangan yang berlarutan di Syria sejak Mac 2011.

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Semoga lebih banyak lagi negara antarabangsa terutamanya dalam kalangan negara Arab dan negara umat ISLAM untuk berbuat demikian.

Sama-sama kita mengambil iktibar daripada perjuangan murni kerajaan Turki ini. InsyaAllah. Silakan share, mungkin masih ramai yang tidak tahu Turki merupakan sebuah negara Islam Paling Ramai Menerima Pelarian. Wallahulam.

Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin, AlAkhbar English
Read more

Hukum Bina Badan. Adakah Mengubah CiptaanNya?

Bina badan di GYM atau bermain sendiri sahaja di rumah dan sebagainya, adakah mengubah ciptaan Allah SWT?



Pertama sekali kita kena faham, mengubah ciptaan Allah ini adalah haram apabila adanya nas yang sahih. Contohnya, Allah melaknat perempuan mencukur bulu kening dan membuat bulu kening palsu. 

Tidak disebut mengenai bina badan. Oleh itu, kita kena berpandukan pandangan ulamak-ulamak mujtahid. 

Yang pertama sekali adalah harus apabila dia hendak membesarkan badannya supaya tidak nampak kurus dan lemah. Perkara ini lebih-lebih lagi apabila tentera Islam ingin berhadapan dengan musuh. Jika hanya kurus kering, sudah pasti musuh akan memandang rendah terhadap tentera-tentera Islam.

Dengan syarat:

Jika menggunakan ubat, tidak menggunakan ubat yang dilarang di dalam Islam. 
Wajib menutup aurat. 

Jika sehingga menampakkan tubuh berketul-ketul sehingga melampaui batas, contohnya jika dilihat dari belakang sudah tidak nampak seperti manusia, ada ulamak mengatakan haram kerana melampaui batas. Contohnya seperti gambar di bawah:


Apabila badan sudah besar dan berketul, jangan angkuh dan sombong. Bimbang menjadi dosa pula kepada kita kerana menunjuk-nunjuk dan nikmat sementara itu diambil kembali oleh Allah SWT. Wallahualam. Assalamuallaikum wbt. :)
Read more

Dilarang Memakai Cincin di Jari Tengah dan Telunjuk, Benarkah?

Umat Islam baik golongan lelaki atau wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad ﷺ dalam kehidupan seharian seperti dalam pemakaian cincin. Alhamdulillah kini semakin ramai golongan lelaki yang berjinak-jinak memakai cincin.

Dilarang Memakai Cincin di Jari Tengah dan Telunjuk, Benarkah?


Dalam pada itu ada juga di kalangan kita secara keterlaluan dalam pemakaian cincin sehingga penuh pada kesemua jari dengan pelbagai jenis dan bentuk cincin. Sebenarnya Rasulullah ﷺ memakai tidak lebih daripada dua bentuk cincin dan ada kalanya hanya dipakai satu bentuk sahaja dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah ﷺ, maka sudah pasti pahala menanti kita.

A)  Bagaimana Cara Sunnah Memakai Cincin

Para ulama` berselisih pendapat yang mana lebih utama dalam pemakaian cincin ini. Walaubagaimanapun telah ijmak para ulama` bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Maka diharuskan (dibolehkan) memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri.


Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.” ( Sahih Muslim).

Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.

Rasulullah ﷺ juga memakai cincin di jari manis dan di jari kelingking tangan kiri Baginda ﷺ. Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi ﷺ memakai cincinnya di jari ini (Anas menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)
.
.
1.)  Memakai Cincin Di Tangan Kanan
.
Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah;
.
1. Daripada Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi ﷺ memakai cincinnya di tangan kanannya.” (Riwayat Imam at-Tirmizi)
 .
2. Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi” memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu dia menjawab; “Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sahabat) memakai cincin di tangan kanannya dan dia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; “Adalah Rasulullah ﷺ memakai cincin di sebelah tangan kanannya”.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
.
.
2.)  Memakai Cincin Di Tangan Kiri
.
Adapun dalil bagi tangan kiri;
.
1. Daripada Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi ﷺ memakai cincin di tangan kirinya.” (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)
 .
2. Daripada Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan daripada bapanya, menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka.” (Riwayat Imam at-Tirmizi,).

Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (Nabi ﷺ) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.
 .
.
B.)  Pakai di jari mana?
.
1.  Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. berikut;

Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi ﷺ memakai cincinnya di jari ini (lalu ditunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)
 .
2.  Nabi Muhammad ﷺ menasihatkan Saidina Ali r.a. selepas dia berkahwin dengan anakanda kesayangan Baginda ﷺ (Siti Fatimah r.ha.) supaya Saidina Ali memakai cincin di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah ﷺ telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
.
3.  Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Sahih Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, “Aunul-Ma”bud)
.
.
C.)  Menurut Pendapat Para Ulama’
 .
Mana yang lebih afdhal, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri?

1.  Menurut Imam Nawawi; para ulama’ Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan.

2.  Di kalangan para ulama’ mazhab Syafi”ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri.

3.  Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa memakai cincin lebih baik di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan daripada tangan kiri. (Syarah Sahih Muslim)
.
.
D.)  Makruh Memakai Cincin Di 2 Jari
 .
1.  Makruh untuk seseorang lelaki memakai cincin di jari hantu (tengah). Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan yang mengiringinya (jari tengah /jari hantu).
Ali bin Abi Talib menceritakan; “Rasulullah ﷺ telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil dia (Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

2.  Namun menurut ulama’; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Sahih Muslim)

3.  Ada disebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.

4.  Nabi Muhammad ﷺ melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

5.  Makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi golongan lelaki.
.
.
E.)  Larangan
.
1.  Dilarang memakai cincin daripada sumber dan bahan yang diharamkan seperti hasil riba’, curi dan tulang haiwan yang najis.
2.  Diharamkan juga menggunakan batu permata yang berbentuk patung, haiwan, manusia dan bentuk alat sulit lelaki/perempuan.
3.  Rasulullah ﷺ melarang golongan lelaki memakai cincin emas.
a)  Hadis riwayat Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu: “Dari Nabi ﷺ, Baginda melarang memakai cincin emas.” (Sahih Muslim No.3896)
b)  “Rasulullah ﷺ melarang kami mengenakan pakaian dari sutera, memakai cincin emas dan minum dengan bekas yang biasa dipakai untuk minum arak.” (HR. An-Nasaa”i)
c)  Nabi Muhammad ﷺ pernah sekali memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang lelaki memakai emas. Apabila diturunkan ayat itu maka Nabi ﷺ pun segera menanggalkannya dan para sahabat yang memakai cincin emas turut menanggalkan cincin masing-masing.
.
d)  Daripada Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhuma dia berkata: “Nabi ﷺ telah memakai cincin daripada emas (dalam satu riwayat: Baginda memakainya di tangan kanannya) lalu Baginda ﷺ melemparkannya dan memakai cincin daripada perak dengan ukiran: Muhammad Rasulullah. Dan Baginda ﷺ bersabda: “Jangan ada yang mengukir seperti ukiran cincinku ini. Ketika memakainya Baginda akan menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)
.
.
F.)  Bagaimana Cara Rasulullah ﷺ Memakai Cincin
.
1.  Rasulullah ﷺ akan menyarungkan cincin-cincin tersebut di jari kelingking (anak jari) dan di jari manis tangan kiri Baginda ﷺ. Sekiranya Rasulullah ﷺ memakai sebentuk cincin sahaja, Baginda ﷺ akan disarungkannya di jari kelingking tangan kiri Baginda ﷺ.
Hadis daripada Anas bin Malek, menceritakan: “Adalah Nabi ﷺ memakai cincinnya di jari ini (Anas menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Hadis Riwayat Muslim)
2.  Hadis Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad.
.
3.  Kebiasaannya Nabi Muhammmad ﷺ memakai dua bentuk cincin yang diperbuat daripada perak dan daripada batu permata berwarna seperti “Habasyi” (batu aqiq/akik).
Daripada Saidina Anas r.a dia berkata : “Sesungguhnya cincin Baginda Nabi ﷺ itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi.” (Hadis diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh.)
.
.
G.)  Rumusan
.
Harus (dibolehkan) memakai cincin di jari manis atau kelingking tangan kanan atau kiri tetapi adalah disyorkan malah lebih afdal memakai cincin di jari kelingking tangan kiri. Rasulullah ﷺ juga tidak pernah pakai cincin di 2 jari iaitu pada jari telunjuk dan jari hantu.
.
CARA SUNNAH MEMAKAI CINCIN


.
Ijmak ulama’ mengatakan bahawa adalah sunnah bagi orang lelaki memakai cincin di jari kelingking (anak jari) dan wanita boleh di mana-mana jari sekalipun. Hikmahnya adalah jari kelingking itu terhindar daripada tugas yang mencabar lantaran kedudukannya di sebelah tepi.
.
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,
 مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (HR Ibnu Majah: 209).
 .
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Read more